PAS - Retak Menunggu Belah
Krisis kepimpinan PAS. Begitulah tajuk utama yang menghiasi di dada akhbar nasional di Malaysia. Encik Zulkiflee bin Bakar menulis dalam Mingguan Malaysia hari ini. Beliau mempersoalkan tentang Wajarkah EGM PAS diadakan? Penulis mengatakan bak kata orang -tanpa ribut, tanpa taufan dan ketika tumpuan arena politik negara diberikan kepada perbalahan yang berlaku dalam MCA, kenyataan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Haji Nik Aziz bin Haji Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah mengejutkan banyak pihak terutamanya kepimpinan tertinggi PAS Pusat.
Tuan Guru telah mencadangkan agar PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan sama ada pemimpin PAS yang menyokong agenda perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak oleh parti itu. Tuan Guru mahukan Nasharuddin bin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustaffa bin Ali Setiausaha Agung PAS dan Dato' Dr. Hassan bin Ali Persuruhjaya PAS Negeri Selangor ditolak oleh ahli-ahli parti.
Saya berpendapat agenda perpaduan di antara UMNO dan PAS yang cuba dibawa oleh ketiga-tiga orang pimpin tertinggi PAS tidak seharusnya ditolak mentah-mentah. Mereka bertiga ini merupakan pejuang yang sehati dan bersemangat waja. Mereka sanggup mengetepikan fahaman politik demi untuk menyatupadukan orang Melayu agar umat Islam di Malaysia menjadi hebat dan bukannya seperti merempat di bumi sendiri. Sebenarnya PAS tidak menghadapi krisis kepimpinan. Apa yang sedang berlaku ialah PAS sedang mengalami perubahan gaya kepimpinan di mana pemimpin muda seperti Yang Berhormat Tuan Hasharuddin bin Mat Isa melihat PAS seharusnya mengubahkan visi dan misi parti. Beliau berpendapat corak politik terlalu radikal Islam tidak akan menguntungkan parti kerana akan membuatkan penganut agama lain menjadi takut jika PAS memerintah.
PAS seharusnya feleksibel dalam memasang impian untuk memerintah Malaysia. PAS bukanlah terlalu hebat sehingga sukar untuk menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO. Parti pembangkang tidak seharusnya riak dan bangga dapat memerintah 5 negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka bukanlah terlalu kuat. Tetapi apa yang berlaku ialah penolakan dalaman oleh kepimpinan UMNO Bahagian kerana 82 orang Ketua UMNO Bahagian tidak dipilih sebagai calon PRU. Protes dalaman inilah yang menguntungkan parti pembangkang. Kesilapan yang terjadi kepada UMNO dalam PRU yang lalu seharusnya dijadikan iktibar oleh PAS agar "pisang tidak berbuah dua kali".
Oleh itu, UMNO dan PAS seharusnya bersama-sama parti lain mewujudkan kerjasama politik agar semua rakyat dapat menikmati rezeki, kebahagiaan dan kedamaian di negara yang bvertuah ini. Krisis kepimpinan PAS tidak berlaku dan hanyalah merupakan propaganda media sahaja yang mempunyai agenda tersendiri.
Sabtu, 24 Oktober 2009
Perpecahan Islam Yang Disengajakan
Dr. Mohd. Ridhuan Tee bin Abdullah menulis lagi. Kali ini mengenai perpecahan Islam yang disengajakan. Penulis dituduh sebagai tali barut UMNO. Kononnya penulis telah dibayar berjuta ringgit untuk menulis artikel. Adakah penulis berada dalam kesempitan wang untuk menyelesaikan segala bentuk hutang piutang sehingga sanggup menjadi penulis upahan. inilah apa yang diperkatakan sebagai "ultra kiasu".
Penulis pernah menulis mengenai amalan rasuah dalam pemilihan UMNO. Tulisan penulis dalam Utusan Malaysia pada 22 Disember 2008 mengatakan makan rasuah itu lebih hina lagi daripada makan daging babi. Pembangkang tidak pula menyokong artikel penulis pada ketika itu mengenai bahaya amalan rasuah. Inilah yang dikatakan mentaliti kelas ketiga masyarakat kita. Bila terkena pada orang lain maka kita akan menyokongnya. Bila terkena pada batang hidung sendiri ibarat "meludah ke langit". Bersih sangatkah kita ini. Ingatlah, kita ini hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan sebarang bentuk kesalahan dan kesilapan.
Politik kita lebih kepada untuk membalas dendam. Inilah kelemahan politik orang Melayu yang amat ketara. Kita sanggup pecah kepala dan segala-galanya semata-mata kerana berbeza pendapat. Orang lain bergaduh juga tetapi pergaduhan mereka ibarat adik beradik. Hari ini mereka bergaduh maka esok lusa akan kedengaran mereka telah berbaik semula. Kenapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka. Masalah inilah yang telah sekian lama menghantui umat Islam sehingga begitu mudah dipoerkotak-katikkan. Apa yang terjadi umat Islam merempat di bumi sendiri.
Islam tidak pentingkan nenek moyang sebab kita ada Allah Yang Maha Esa. Sepatutnya kita yang percaya kepada kewujudan Allah SWT akan menjadi lebih hebat lagi daripada agama lain hanya percayakan kepada nenek moyang mereka. Kerana ap, kerana Allah SWT yang menjadikan nenek moyang mereka. Kenapakah hari ini, kita sebagai seorang umat Islam yang menyembah Allah menjadi lebih hina daripada mereka yang menyembah nenek moyang.
Bangunlah seluruh umat Islam dan berusaha kembalikan kegemilangan Zaman Pemerintahan Islam. Tidak boleh kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS duduk semeja, bersemuka dan berbincang tentang peranan serta kerjasama yang boleh dipratikkan untuk memajukan Malaysia tanpa mengainayai penganut-penganut agama lain.
Percayalah jika ini dapat dilaksanakan maka Malaysia pasti akan lebih maju serta akan lebih dihormati oleh Negara-negara Islam lain. Ketepikan ego serta berfikirlah berlandaskan ajaran Al Quran dan Hadis.
Allah SWT Perliharakan Malaysia

Kebenaran yang sukar diterima
'
Untungnya Bersatu Dalam Senyap
Untungnya bersatu dalam senyap tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). UPNM merupakan IPTA ke 20 di Malaysia.
Penulis telah mengutarakan tentang pergolakan yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini. Penulis menyarankan agar pergolakan tersebut janglah dipandang serius. Itu adalah perkara biasa berlaku dalam arena politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Penulis tidak bimbang dengan MCA atau GERAKAN kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana pun di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang "ultra kiasu" itu. Dengan sebab itulah penulis tidak berapa mengambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.
Penulis akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti "ultra kiasu" itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin memdapat perhatian dan kepercayaan sehingga ramai yang telah terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK). Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar berbanding daripada mengamalkan carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua.
Apa yang telah diperkatakan di atas merupakan sebahagian daripada tulisan penulis yang berkaliber ini. Kenyataan telah terpampang di depan mata kita semua. Pergolakan dalam parti Cina terbesar di negara ini iaitu MCA tidak ke mana pun. Sandiwara demi sandiwara yang dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia akhirnya pecah juga. Pelan damai Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek membuka lembaran baru ke arah kepentingan orang Cina. Yang Berhormat Dato' Seri Ong Tee Keat, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan dan Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek, bekas Timbalan Presiden MCA telah sanggup mengetepikan perselisihan pendapat demi kepentingan parti Bn kononnya. Sebenarnya mereka lebih mementingkan untuk menjaga seluruh kepentingan orang-orang Cina di Malaysia.
Oleh itu, bangunlah seluruh orang Melayu. Kita bukannya hendak pergi berperang atau pun membuat rusuhan kaum tetapi kembali bersatupadu tanpa mengira fahaman politik kepartian untuk memperbetulkan segala bentuk kesilapan berpolitik orang Melayu. Kita seharusnya berkerjasama dengan semua kaum untuk menjayakan slogan "1Malaysia". Kita hidup dalam sebuah negara yang aman makmur seharusnya kita berusaha memakmurkan lagi negara ini agar pewaris kepimpinan selepas kita akan berjaya merealsasikan Wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju, InsyaAllah. Kita tidak mahu lihat pewaris kepimpinan selepas era kita terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memperbetulkan kesilapan kita. Tidakkah kita kesian melihat pewaris kepimpinan kita membuang begitu sahaja kemahiran yang mereka ada untuk membangunkan negara. Bila tiba musim pilihan raya maka terpulanglah kepada ideologi masing-masing. Tak boleh ke PRU dan PRK diadakan secara aman damai tanpa ada yang cedera akibat pertelingkahan atau pergaduhan. Selesai PRU atau PRK kita berkerja bersama-sama demi Malaysia yang kita sayangi ini. Ibarat "kiambang berlalu, biduk bertaut".
Meminjam kata-kata Pak Pandir Moden dalam lagunya "ada bijak pandai, ada otak gadai". Kepada Allah SWT saya melafazkan sepenuh kesyukuran kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang sungguh bertuah ini. Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau teruskanlah perlihara Malaysia dari segala bentuk mala petaka ujianMu.

Ulasan Jurnal 6
Komunikasi merupakan satu cara untuk menyalurkan maklumat segera kepada masyarakat. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan lagi oleh seluruh masyarakat moden yang sedang mengalami perubahan yang amat dramatik. Perkembangan teknologi komunikasi telah berlaku dengan pesatnya. Perkembangan ini akan sentiasa berterusan sehinggalah ke masa yang akan datang.
Pertambahan bilangan syarikat telekomunikasi begitu ketara jika dibandingkan dengan masa lalu. Sejak dahulu lagi, syarikat komunikasi kecil telah lama wujud. Walau bagaimana pun syarikat bersaiz kecil ini telah mula bergabung atau pun dimiliki oleh syarikat besar.
Perubahan Dalam Masyarakat
Kemajuan besar yang telah berlaku dalam bidang teknologi komunikasi. Jika dahulunya dawai tembaga digunakan tetapi kini telah digantikan dengan gentian fiber bagi memancarkan cahaya merentasi filament yang membolehkan tranmisi maklumat dapat diterima dengan lebih jelas lagi, cepat serta dapat membawa maklumat dan data dalam kapasiti yang banyak.
Keperluan untuk memdapatkan maklumat yang banyak dan cepat serta berkesan daripada rangkaian yang amat luas dan pelbagai telah menyebabkan pertembungan antara tranmisi suara dan data. Jika dahulunya syarikat besar hanya menjalankan satu jenis perniagaan sahaja tetapi kini telah meluaskan perniagaan mereka melalui penggunaan sistem komunikasi yang canggih. Contohnya seperti Microsoft yang amat terkenal sebagai sebuah syarikat yang membekalkan "software" terbesar telah mula menceburi bidang media dan aplikasi yang diniagakan dalam pasaran saham yang terhasil daripada revolusi teknologi komunikasi.
Perkembangan pesat ini disebabkan komunikasi tanpa wayar membawa maksud maklumat dapat diakses dengan cepat dan segera. Faktor seterusnya ialah capaian internet. Melalui internet, semua maklumat atau perkhidmatan akan diperolehi secara pantas seperti permohonan kerja secara online, sistem pembelian tiket bas dan tiket kapal terbang secara online. Tidak ketinggalan juga perbankan internet di mana wang akan dapat dipindahkan ke satu akaun lain dengan cepat dan pantas. Kita juga boleh menggunakan perbankan internet untuk semua urusan pembayaran bil, tempahan hotel dan sebagainya.
Perubahan pesat dalam teknologi komunikasi serta converge tranmisi data dan suara telah membawa perubahan yang amat berlainan daripada sebelum ini. Ini secara tidak langsung telah memdatangkan pembaharuan dan perubahan kepada semua selaras dengan kemajuan ekonomi dunia.

Jumaat, 23 Oktober 2009
Ulasan Jurnal 5
Pengarang menyatakan rasa kebimbangannya tentang perkembangan pesat teknologi komunikasi yang akan menyebabkan hubungan komunikasi sesama manusia secara berdepan akan semakin berkurangan. Hasil ciptaan alat telekomunikasi masa kini telah menyebabkan manusia kurang bertemu. Faktor utama yang memperaguhi manusia di zaman moden ialah kurangnya interaksi di antara satu sama lain. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan timbulnya rasa salah faham dan syak wasangka kerana dari segi riak muka, emosi serta perasaan tidak dapat ditunjukkan secara berdepan. Kemajuan teknologi komunikasi juga mengakibatkan kurangnya hubungan silaturrahim sesama manusia.
Beliau juga menerangkan bahawa semua inovasi yang berlaku dalam bidang komunikasi pada asalnya bertujuan untuk menambahbaikan komunikasi seperti e-mail, peti surat, "teleconfrence", telefon bimbit dan internet. Beliau menyatakan adakah peralatan ciptaan ini sebenarnya membolehkan kita untuk berhubung dengan lebih berkesan lagi. Beliau memberikan beberapa contoh peralatan telekomunikasi yang tanpa kita sedari telah menyebabkan hilangnya sentuhan peribadi. Contohnya tiada perasaan marah atau simpati atau sedih atau gembira dapat ditunjukkan.
Kemajuan ini telah menyebabkan kurangnya komunikasi sesama manusia dalam sesebuah organisasi tersebut. Kajian yang telah dibuat menunjukkan walau pun tinggal di bawah satu bumbung namun komunikasi mereka lebih terarah kepada penggunaan telekomunikasi seperti e-mail, telefon bimbit dan internet. Keadaan ini akan menyebabkan organisasi tersebut mempunyai pekerja yang lebih mementingkan diri sendiri. Kajian juga memdapati saluran komunikasi ini akan memberikan kesan yang amat membimbangkan kerana manusia tidak lagi berkomunikasi di antara satu sama lain dan tiada luahan rasa mengikut nada serta perasaan sebenarnya. Manakala maklumat yang disalur pula tidak akan sama dengan reaksi apabila disampaikan secara berepan. Melalui e-mail, perasaan sebenar pengirim tidak diketahui. Komunikasi seperti ini tidak akan dapat mengambarkan emosi dan perasaan sesorang.
Cell Phone
Penggunaan telefon bimbit di zaman moden adalah sangat berfaedah kerana boleh digunakan untuk berhubung dengan seseorang tanpa mengira tempat dan jarak. Kebanyakkan pengguna telah menyalahgunakan kemajuan teknologi komunikasi. Kecanggihan penggunaan telefon bimbit telah mengundang banyak masalah. Contohnya seperti kesalahan penggunaan telefon bimbit berkamera. Ia telah disalahguna untuk tujuan nakal seperti mengambil gambar dalam keadaan yang mencurigakan. Penggunaan telefon bimbit sekarang lebih terarah kepada personaliti dan kemampuan seseorang itu untuk bergaya. Ini secara tiadak langsung telah mewujudkan persaingan di antara pengeluar dan pengendali sistem komunikasi tersebut.
Teleconference
Ia merupakan telekomunikasi yang melibatkan penggunaan skrin putih dihubungkan melalui webcam dan ia merupakan satu cara berkomunikasi yang selalu digunakan dalam sesebuah organisasi besar untuk menjayakan mesyuarat di peringkat antarabangsa. Melalui cara ini semua pengarah syarikat akan dapat berhubung dan melihat secara terus walau pun berada dalam satu jarak yang amat jauh.
Where is this taking up
Kajian yang dibuat terhadap golongan remaja di sekolah menengah pada era komunikasi canggih telah menunjukkan mereka lebih mengemari untuk melayari internet daripada melakukan aktiviti kokurikulum. Mereka menjadikan komunikasi secara online ini sebagai satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan sehinga mengabaikan kesihatan diri. Ini telah mengakibatkan tumbesaran mereka menjadi tidak simbang, di mana berat badan meraka menjadi berlebihan, Mereka ini akan mudah terdedah kepada segala bentuk penyakit kerana soal kesihatan dan kecergasan seringkali diabaikan kerana saban waktu mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada penggunaan internet, iPods dan telefon bimbit.

Ulasan Jurnal 4
Artikel ini menerangkan tentang generasi tua yang terpaksa mengubahsuai cara mereka mendidik generasi muda. Mereka berpendapat jika tidak dibantu maka generasi muda akan mudah merasa bosan.
Artikel ini juga memperbincangkan tentang Generasi Digital Immigrants (generasi yang lebih tua) terpaksa mengubahsuai cara membeli dan merekabentuk pembelajaran untuk Generasi Digital Natives (generasi yang muda). Perubahan serta pengubahsuaian ini amat perlu untuk memastikan agar Generasi Digital Natives tidak mudah merasa bosan. Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan teknologi berlaku terlalu pesat dan cepat. Generasi Digital Natives menerima perubahan ini sebagai satu gaya hidup. Generasi Digital Immigrants (generasi yang lebih tua) terpaksa mengubah cara mereka membentuk pembelajaran untuk Generasi Digital Natives. Jika tidak, generasi muda akan cepat merasa bosan dan menganggap apa yang diajari oleh generasi tua sebagai ketinggalan zaman. '
Ian Julies dan Anita Dosaj telah menyenaraikan beberapa perbezaan di antara Generasi Digital Natives dan Generasi Digital Immigrants. Apa yang dapat disimpulkan ialah generasi muda lebih suka menerima maklumat secara cepat daripada pelbagai sumber. Generasi ini juga suka melakukan pelbagai task dalam sesuatu masa. Contohnya seperti menonton televisyen sambil mendengari iPods dan pada masa yang sama berchatting dengan rakan mereka.
Vontubu mengunakan laptopnya untuk menghantar pesanan ringkas kepada kawannya melalui penggunaan telefon bimbit. Bagi Generasi Digital Immigrants lebih suka membuat satu kerja sahaja pada satu masa. Generasi Digital Natives lebih suka membuat persembahan secara multimedia. Berdasarkan satu kajian yang dibuat di sebuah kolej dalam tahun 2007, generasi muda menerima baik perkembangan pesat teknologi. Mereka menggunakan teknologi komunikasi segera (instant communication technologies) seperti facebook, texting dan im (instant messaging) secara tidak langsung menyebabkan mereka berorientasikan rakan sebaya (peer oriental) dan sukakan "instant gratification".
Peer Orientation
Komputer merupakan based training yang dilakukan secara perseorangan (solo-task). Generasi Digital Natives mahukan interaksi antara satu sama lain. Cara untuk mengajar juga perlu diubah kerana jika secara berseorangan akan menjadikan mereka cepat jemu. Mereka perlulah dibenarkan untuk menghantar pesanan segera (instant messaging) serta menghantar message sesama mereka ketika belajar.
Bahan pembelajaran juga boleh diubahsuai dengan cara menambah elemen permainan dalam sistem pembelajaran yang secara tidak langsung akan membolehkan semua pelajar berkongsi markah dengan menggunakan kaedah "leaderboard feature".
Seeking Instant Gratification
Pelajar Generasi Digital Natives tidak menyukai pembelajaran yang tiada elemen Instant Gratification. Mereka lebih sukakan pembelajaran secara meneroka serta memdapat maklumbalas secara terus untuk mempertingkatkan lagi prestasi mereka. Pembelajaran perlulah mempunyai ciri-ciri Instant Gratification. Jika tidak, generasi muda akan cepat merasa jemu.

Khamis, 22 Oktober 2009
Ulasan Jurnal 3
Dr. Carol Kinseng Goman telah memperkatakan mengenai generasi masa kini yang berbeza pekerjaannya. Mereka menggunakan kaedah komunikasi yang mereka sukai. Ia telah memperlihatkan bagaimana berlakunya komunikasi yang terbentuk di tempat berkerja.
Beliau juga telah mengkategorikan 3 cara berkomunikasi iaitu generasi terdahulu "Baby Boomers", Generasi X dan Y. Generasi terdahulu "Baby Boomers" dan Generasi X lebih menyukai cara berkomunikasi secara formal iaitu face to face. Bagi Generasi Y lebih suka berkomunikasi secara tidak formal iaitu menjurus ke arah Kolaborasi Komunikasi. Bagi Generasi Veteran pula mereka mengamalkan struktur organisasi yang berbentuk Hieraki.
Apa yang berlaku dalam komunikasi organisasi yang diperturunkan secara dari satu peringkat
ke satu peringkat yang perlulah melalui berbagai peringkat ketua sehinggalah ke peringkat pekerja bawahan. Sebarang maklumat yang hendak disampaikan hanya akan dibuat melalui ketua yang hampir dengan pekerja bawahan.
Cara berkomunikasi seperti ini kian dipersoalkan oleh Generasi "Baby Boomers" (1946-1964) yang mula berkerja di syarikat berkenaan. Perkara ini berlaku disebabkan semakin ramai Generasi "Baby Boomers" mula menguasai bilangan pekerja di syarikat berkenaan.
Generasi "Baby Boomers" tidak suka berkomunikasi yang berbentu Hieraki. Masalah ini berlaku disebabkan Generasi Veteran yang kebanyakkan daripadanya merupakan majikan dan secara tidak langsung mereka terpaksa mengikut kata Generasi "Baby Boomers" berkomunikasi. Jika mereka tidak mengikut langkah tersebut akan mengakibatkan prestasi serta produktiviti akan berkurangan dan akhirnya akan memdatangkan kerugian. Generasi "Baby Boomers" amat mementingkan visi dan polisi syarikat. Maklumat yang hendak disampaikan seharusnya meliputi semua golongan pekerja tanpa mengira siapa yang menyampaikannya. Generasi X (1965-1983) masih lagi memegang visi dan polisi syarikat tetapi mereka mahukan susun atur kerja yang lebih berkualiti serta berpeluang menikmati kenaikkan pangkat.
Generasi Y yang lahir selepas tahun 1983 merupakan generasi yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang komputer. Sebelum kewujudan generasi ini, Generasi X yang terdiri daripada para majikan membuat tugasan dengan gaya penbulisan ayat yang panjang. Ketika berhadapan dengan Generasi Y, mereka terpaksa mengubah cara berkomunikasi kepada "Presentation"di mana gaya penulisan agak padat dan ringkas seperti Graf serta PowerPoint menggunakan grafile.
Dr. Goman juga berpendapat Generasi Y berkebolehan tinggi dalam melakukan pelbagai tugasan. Komunikasi berbentuk pasif ke komunikasi aktif boleh menyebabkan maklumat dapat disampaikan dengan segera. Beliau juga berpendapat Generasi Y mempunyai kemahiran yang amat tinggi dalam bidang ICT yang dapat mengubah cara berkomunikasi terdahulu kepada kolaborasi yakni lebih informal. Generasi Y menggunakan komunikasi organisasi melalui SMS dan Blogging.
Transformasi ini berlaku secara tidak langsung, direct atau straight forward menggunakan cara "grapevine" yang aktif sejak di peringkat awal lagi. Satu kerja yang amat sukar untuk mengubah cara seseorang itu berkomunikasi kerana telah selesa mengamalkannya sejak dahulu lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)