Jumaat, 23 Oktober 2009

Ulasan Jurnal 4

Artikel ini menerangkan tentang generasi tua yang terpaksa mengubahsuai cara mereka mendidik generasi muda. Mereka berpendapat jika tidak dibantu maka generasi muda akan mudah merasa bosan.

Artikel ini juga memperbincangkan tentang Generasi Digital Immigrants (generasi yang lebih tua) terpaksa mengubahsuai cara membeli dan merekabentuk pembelajaran untuk Generasi Digital Natives (generasi yang muda). Perubahan serta pengubahsuaian ini amat perlu untuk memastikan agar Generasi Digital Natives tidak mudah merasa bosan. Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan teknologi berlaku terlalu pesat dan cepat. Generasi Digital Natives menerima perubahan ini sebagai satu gaya hidup. Generasi Digital Immigrants (generasi yang lebih tua) terpaksa mengubah cara mereka membentuk pembelajaran untuk Generasi Digital Natives. Jika tidak, generasi muda akan cepat merasa bosan dan menganggap apa yang diajari oleh generasi tua sebagai ketinggalan zaman. '
Ian Julies dan Anita Dosaj telah menyenaraikan beberapa perbezaan di antara Generasi Digital Natives dan Generasi Digital Immigrants. Apa yang dapat disimpulkan ialah generasi muda lebih suka menerima maklumat secara cepat daripada pelbagai sumber. Generasi ini juga suka melakukan pelbagai task dalam sesuatu masa. Contohnya seperti menonton televisyen sambil mendengari iPods dan pada masa yang sama berchatting dengan rakan mereka.
Vontubu mengunakan laptopnya untuk menghantar pesanan ringkas kepada kawannya melalui penggunaan telefon bimbit. Bagi Generasi Digital Immigrants lebih suka membuat satu kerja sahaja pada satu masa. Generasi Digital Natives lebih suka membuat persembahan secara multimedia. Berdasarkan satu kajian yang dibuat di sebuah kolej dalam tahun 2007, generasi muda menerima baik perkembangan pesat teknologi. Mereka menggunakan teknologi komunikasi segera (instant communication technologies) seperti facebook, texting dan im (instant messaging) secara tidak langsung menyebabkan mereka berorientasikan rakan sebaya (peer oriental) dan sukakan "instant gratification".

Peer Orientation

Komputer merupakan based training yang dilakukan secara perseorangan (solo-task). Generasi Digital Natives mahukan interaksi antara satu sama lain. Cara untuk mengajar juga perlu diubah kerana jika secara berseorangan akan menjadikan mereka cepat jemu. Mereka perlulah dibenarkan untuk menghantar pesanan segera (instant messaging) serta menghantar message sesama mereka ketika belajar.
Bahan pembelajaran juga boleh diubahsuai dengan cara menambah elemen permainan dalam sistem pembelajaran yang secara tidak langsung akan membolehkan semua pelajar berkongsi markah dengan menggunakan kaedah "leaderboard feature".

Seeking Instant Gratification

Pelajar Generasi Digital Natives tidak menyukai pembelajaran yang tiada elemen Instant Gratification. Mereka lebih sukakan pembelajaran secara meneroka serta memdapat maklumbalas secara terus untuk mempertingkatkan lagi prestasi mereka. Pembelajaran perlulah mempunyai ciri-ciri Instant Gratification. Jika tidak, generasi muda akan cepat merasa jemu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan