Sabtu, 24 Oktober 2009

Perpecahan Islam Yang Disengajakan

Dr. Mohd. Ridhuan Tee bin Abdullah menulis lagi. Kali ini mengenai perpecahan Islam yang disengajakan. Penulis dituduh sebagai tali barut UMNO. Kononnya penulis telah dibayar berjuta ringgit untuk menulis artikel. Adakah penulis berada dalam kesempitan wang untuk menyelesaikan segala bentuk hutang piutang sehingga sanggup menjadi penulis upahan. inilah apa yang diperkatakan sebagai "ultra kiasu".

Penulis pernah menulis mengenai amalan rasuah dalam pemilihan UMNO. Tulisan penulis dalam Utusan Malaysia pada 22 Disember 2008 mengatakan makan rasuah itu lebih hina lagi daripada makan daging babi. Pembangkang tidak pula menyokong artikel penulis pada ketika itu mengenai bahaya amalan rasuah. Inilah yang dikatakan mentaliti kelas ketiga masyarakat kita. Bila terkena pada orang lain maka kita akan menyokongnya. Bila terkena pada batang hidung sendiri ibarat "meludah ke langit". Bersih sangatkah kita ini. Ingatlah, kita ini hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan sebarang bentuk kesalahan dan kesilapan.

Politik kita lebih kepada untuk membalas dendam. Inilah kelemahan politik orang Melayu yang amat ketara. Kita sanggup pecah kepala dan segala-galanya semata-mata kerana berbeza pendapat. Orang lain bergaduh juga tetapi pergaduhan mereka ibarat adik beradik. Hari ini mereka bergaduh maka esok lusa akan kedengaran mereka telah berbaik semula. Kenapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka. Masalah inilah yang telah sekian lama menghantui umat Islam sehingga begitu mudah dipoerkotak-katikkan. Apa yang terjadi umat Islam merempat di bumi sendiri.

Islam tidak pentingkan nenek moyang sebab kita ada Allah Yang Maha Esa. Sepatutnya kita yang percaya kepada kewujudan Allah SWT akan menjadi lebih hebat lagi daripada agama lain hanya percayakan kepada nenek moyang mereka. Kerana ap, kerana Allah SWT yang menjadikan nenek moyang mereka. Kenapakah hari ini, kita sebagai seorang umat Islam yang menyembah Allah menjadi lebih hina daripada mereka yang menyembah nenek moyang.

Bangunlah seluruh umat Islam dan berusaha kembalikan kegemilangan Zaman Pemerintahan Islam. Tidak boleh kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS duduk semeja, bersemuka dan berbincang tentang peranan serta kerjasama yang boleh dipratikkan untuk memajukan Malaysia tanpa mengainayai penganut-penganut agama lain.

Percayalah jika ini dapat dilaksanakan maka Malaysia pasti akan lebih maju serta akan lebih dihormati oleh Negara-negara Islam lain. Ketepikan ego serta berfikirlah berlandaskan ajaran Al Quran dan Hadis.

Allah SWT Perliharakan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan