Sabtu, 24 Oktober 2009

Ulasan Jurnal 6

Komunikasi merupakan satu cara untuk menyalurkan maklumat segera kepada masyarakat. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan lagi oleh seluruh masyarakat moden yang sedang mengalami perubahan yang amat dramatik. Perkembangan teknologi komunikasi telah berlaku dengan pesatnya. Perkembangan ini akan sentiasa berterusan sehinggalah ke masa yang akan datang.
Pertambahan bilangan syarikat telekomunikasi begitu ketara jika dibandingkan dengan masa lalu. Sejak dahulu lagi, syarikat komunikasi kecil telah lama wujud. Walau bagaimana pun syarikat bersaiz kecil ini telah mula bergabung atau pun dimiliki oleh syarikat besar.

Perubahan Dalam Masyarakat

Kemajuan besar yang telah berlaku dalam bidang teknologi komunikasi. Jika dahulunya dawai tembaga digunakan tetapi kini telah digantikan dengan gentian fiber bagi memancarkan cahaya merentasi filament yang membolehkan tranmisi maklumat dapat diterima dengan lebih jelas lagi, cepat serta dapat membawa maklumat dan data dalam kapasiti yang banyak.
Keperluan untuk memdapatkan maklumat yang banyak dan cepat serta berkesan daripada rangkaian yang amat luas dan pelbagai telah menyebabkan pertembungan antara tranmisi suara dan data. Jika dahulunya syarikat besar hanya menjalankan satu jenis perniagaan sahaja tetapi kini telah meluaskan perniagaan mereka melalui penggunaan sistem komunikasi yang canggih. Contohnya seperti Microsoft yang amat terkenal sebagai sebuah syarikat yang membekalkan "software" terbesar telah mula menceburi bidang media dan aplikasi yang diniagakan dalam pasaran saham yang terhasil daripada revolusi teknologi komunikasi.
Perkembangan pesat ini disebabkan komunikasi tanpa wayar membawa maksud maklumat dapat diakses dengan cepat dan segera. Faktor seterusnya ialah capaian internet. Melalui internet, semua maklumat atau perkhidmatan akan diperolehi secara pantas seperti permohonan kerja secara online, sistem pembelian tiket bas dan tiket kapal terbang secara online. Tidak ketinggalan juga perbankan internet di mana wang akan dapat dipindahkan ke satu akaun lain dengan cepat dan pantas. Kita juga boleh menggunakan perbankan internet untuk semua urusan pembayaran bil, tempahan hotel dan sebagainya.
Perubahan pesat dalam teknologi komunikasi serta converge tranmisi data dan suara telah membawa perubahan yang amat berlainan daripada sebelum ini. Ini secara tidak langsung telah memdatangkan pembaharuan dan perubahan kepada semua selaras dengan kemajuan ekonomi dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan