Khamis, 22 Oktober 2009

Ulasan Jurnal 1

Dalam artikel ini pengarang membincangkan mengenai hubungan atau rangkaian di antara seorang datuk, nenek dan cucu. Dalam konteks ini kita seharusnya mengetahui tentang kepentingan hubungan komunikasi yang berlaku secara semulajadi. Komunikasi yang terjadi agak rumit kerana setiap individu mempunyai peranan tersendiri.

Kajian oleh Humert et. Al menyatakan terdapat satu kelainan paling ketara di antara generasi
muda dengan generasi tua. Model "Stereotype Activation Model of Communication memberikan pandangan seimbang tentang kebiasaan agak berlainan terhadap komunikasi yang berlaku di antara dua generasi. Model ini digunakan sebagai satu asas untuk lebih memahami hubungan
di antara datuk, nenek dan cucu. Di dalam model ini, kebiasaan yang telah dikenalpasti ialah sikap negatif di mana sesetengahnya lebih mementingkan diri sendiri. Manakala dari sudut positif pula ialah membina hubungan komunikasi tersebut. Kebiasaan yang negatif ini boleh membawa kepada komunikasi yang hampir putus atau lebih dikenali sebagai "breakdown communication".

Daripada statistik yang diperolehi pada tahun 2000-2001 maka didapati pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara telah memilih UK dan Ireland sebanyak 46%. Kemudian
diikuti oleh USA 27% dan Australia 15%. Pengarang telah membuat satu kesimpulan di mana jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara telah meningkat disebabkan dasar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang telah mensyaratkan 75% pensyarah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah mempunyai Ijazah Kedoktoran (Phd) manakala 30% pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti hendaklah mempunyai Sarjana (Master) serta Phd.

Apabila pelajar melanjutkan pelajaran ke sana, ini secara tidak langsung telaj mengakibatkan penghijrahan keluarga mereka. Melalui penyelidikan yang telah dibuat, hubungan di antara datuk, nenek dan cucu berlaku dalam kadar songsang, di mana apabila umur cucu semakin meningkat maka bilangan datuk dan nenek akan berkurangan disebabkan mereka telah meninggal dunia. Kajian memdapati kebanyakan pelajar yang berada di UK sudah tidak mempunyai datuk dan nenek lagi. Walau bagaimana pun hubungan di antara datuk, nenek dan cucu yang masih hidup adalah amat penting bagi memastikan mereka tidak merasa kesunyian. Datuk dan nenek ini juga secara tidak langsung boleh memperturunkan segala bentuk ilmu kemahiran kepada cucu mereka. Apa yang paling penting ialah hubungan yang tejalin ini akan membentuk satu emosi, di mana datuk dan nenek tidak akan merasakan bahawa mereka dipinggirkan oleh keluarga.

Manakala kajian yang telah dibuat oleh Syariffanor memdapati bahawa responden yang terdiri daripada orang tua mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam penggunaan komputer terutamanya dalam penggunaan e-mail, pencarian maklumat dan bersembang melalui talian atau "chatting". Kajian yang dibuat oleh Jaafar dan Sulaiman "Demostic Computer Usage" di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia telah memdapati bahawa Warga Usia Emas yang berumur 60 tahun ke atas menggunakan komputer sebagai satu bahan hiburan, aktiviti berkaitan dengan pekerjaan, melayari internet dan e-mail.

Statistik yang diperolehi pada tahun 2006 menyatakan bahawa golongan pelajar dan profesional merupakan majoriti pengguna internet. Walau pun golongan Warga Usia Emas tidak menggunakan internet tetapi masih lagi terdapat kemudahan tersebut di tempat tinggal mereka. Ini adalah disebabkan kerana kebanyakkan daripada mereka tinggal bersama anak-anak.

Kajian yang telah dilaksanakan di empat buah negara di Eropah seperti UK, Sepanyol, Finland dan Estonia telah memdapati datuk dan nenek yang tinggal berjauhan dengan cucu mereka akan menggunakan "mediated communication technology" seperti telefon bimbit yang mempunyai SMS dan e-mail. Terdapat juga di antara mereka yang menggunakan video conferencing untuk berhubung dengan keluarga. Perisian seperti Yahoo Messenger dan Window Live Messenger merupakan mesej segera yang boleh digunakan untuk berhubung. Tetapi masalah mungkin wujud kerana rangkaian internet yang bermasalah dan adakalanya berlaku masalah pendengaran di kalangan golongan ini.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah golongan Warga Usia Emas yang terdiri daripada datuk dan nenek zaman kini mempunyai lebih banyak peluang untuk berhubung dengan cucu mereka dan ahli keluarga yang lain. Sesungguhnya sistem komunikasi memudahkan perhubungan di antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan