Sabtu, 24 Oktober 2009

Kebenaran yang sukar diterima

'
Untungnya Bersatu Dalam Senyap

Untungnya bersatu dalam senyap tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). UPNM merupakan IPTA ke 20 di Malaysia.
Penulis telah mengutarakan tentang pergolakan yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini. Penulis menyarankan agar pergolakan tersebut janglah dipandang serius. Itu adalah perkara biasa berlaku dalam arena politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Penulis tidak bimbang dengan MCA atau GERAKAN kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana pun di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang "ultra kiasu" itu. Dengan sebab itulah penulis tidak berapa mengambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.

Penulis akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti "ultra kiasu" itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin memdapat perhatian dan kepercayaan sehingga ramai yang telah terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK). Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar berbanding daripada mengamalkan carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua.

Apa yang telah diperkatakan di atas merupakan sebahagian daripada tulisan penulis yang berkaliber ini. Kenyataan telah terpampang di depan mata kita semua. Pergolakan dalam parti Cina terbesar di negara ini iaitu MCA tidak ke mana pun. Sandiwara demi sandiwara yang dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia akhirnya pecah juga. Pelan damai Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek membuka lembaran baru ke arah kepentingan orang Cina. Yang Berhormat Dato' Seri Ong Tee Keat, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan dan Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek, bekas Timbalan Presiden MCA telah sanggup mengetepikan perselisihan pendapat demi kepentingan parti Bn kononnya. Sebenarnya mereka lebih mementingkan untuk menjaga seluruh kepentingan orang-orang Cina di Malaysia.

Oleh itu, bangunlah seluruh orang Melayu. Kita bukannya hendak pergi berperang atau pun membuat rusuhan kaum tetapi kembali bersatupadu tanpa mengira fahaman politik kepartian untuk memperbetulkan segala bentuk kesilapan berpolitik orang Melayu. Kita seharusnya berkerjasama dengan semua kaum untuk menjayakan slogan "1Malaysia". Kita hidup dalam sebuah negara yang aman makmur seharusnya kita berusaha memakmurkan lagi negara ini agar pewaris kepimpinan selepas kita akan berjaya merealsasikan Wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju, InsyaAllah. Kita tidak mahu lihat pewaris kepimpinan selepas era kita terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memperbetulkan kesilapan kita. Tidakkah kita kesian melihat pewaris kepimpinan kita membuang begitu sahaja kemahiran yang mereka ada untuk membangunkan negara. Bila tiba musim pilihan raya maka terpulanglah kepada ideologi masing-masing. Tak boleh ke PRU dan PRK diadakan secara aman damai tanpa ada yang cedera akibat pertelingkahan atau pergaduhan. Selesai PRU atau PRK kita berkerja bersama-sama demi Malaysia yang kita sayangi ini. Ibarat "kiambang berlalu, biduk bertaut".

Meminjam kata-kata Pak Pandir Moden dalam lagunya "ada bijak pandai, ada otak gadai". Kepada Allah SWT saya melafazkan sepenuh kesyukuran kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang sungguh bertuah ini. Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau teruskanlah perlihara Malaysia dari segala bentuk mala petaka ujianMu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan