Jumaat, 23 Oktober 2009

Ulasan Jurnal 5

Pengarang menyatakan rasa kebimbangannya tentang perkembangan pesat teknologi komunikasi yang akan menyebabkan hubungan komunikasi sesama manusia secara berdepan akan semakin berkurangan. Hasil ciptaan alat telekomunikasi masa kini telah menyebabkan manusia kurang bertemu. Faktor utama yang memperaguhi manusia di zaman moden ialah kurangnya interaksi di antara satu sama lain. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan timbulnya rasa salah faham dan syak wasangka kerana dari segi riak muka, emosi serta perasaan tidak dapat ditunjukkan secara berdepan. Kemajuan teknologi komunikasi juga mengakibatkan kurangnya hubungan silaturrahim sesama manusia.
Beliau juga menerangkan bahawa semua inovasi yang berlaku dalam bidang komunikasi pada asalnya bertujuan untuk menambahbaikan komunikasi seperti e-mail, peti surat, "teleconfrence", telefon bimbit dan internet. Beliau menyatakan adakah peralatan ciptaan ini sebenarnya membolehkan kita untuk berhubung dengan lebih berkesan lagi. Beliau memberikan beberapa contoh peralatan telekomunikasi yang tanpa kita sedari telah menyebabkan hilangnya sentuhan peribadi. Contohnya tiada perasaan marah atau simpati atau sedih atau gembira dapat ditunjukkan.
Kemajuan ini telah menyebabkan kurangnya komunikasi sesama manusia dalam sesebuah organisasi tersebut. Kajian yang telah dibuat menunjukkan walau pun tinggal di bawah satu bumbung namun komunikasi mereka lebih terarah kepada penggunaan telekomunikasi seperti e-mail, telefon bimbit dan internet. Keadaan ini akan menyebabkan organisasi tersebut mempunyai pekerja yang lebih mementingkan diri sendiri. Kajian juga memdapati saluran komunikasi ini akan memberikan kesan yang amat membimbangkan kerana manusia tidak lagi berkomunikasi di antara satu sama lain dan tiada luahan rasa mengikut nada serta perasaan sebenarnya. Manakala maklumat yang disalur pula tidak akan sama dengan reaksi apabila disampaikan secara berepan. Melalui e-mail, perasaan sebenar pengirim tidak diketahui. Komunikasi seperti ini tidak akan dapat mengambarkan emosi dan perasaan sesorang.

Cell Phone

Penggunaan telefon bimbit di zaman moden adalah sangat berfaedah kerana boleh digunakan untuk berhubung dengan seseorang tanpa mengira tempat dan jarak. Kebanyakkan pengguna telah menyalahgunakan kemajuan teknologi komunikasi. Kecanggihan penggunaan telefon bimbit telah mengundang banyak masalah. Contohnya seperti kesalahan penggunaan telefon bimbit berkamera. Ia telah disalahguna untuk tujuan nakal seperti mengambil gambar dalam keadaan yang mencurigakan. Penggunaan telefon bimbit sekarang lebih terarah kepada personaliti dan kemampuan seseorang itu untuk bergaya. Ini secara tiadak langsung telah mewujudkan persaingan di antara pengeluar dan pengendali sistem komunikasi tersebut.

Teleconference

Ia merupakan telekomunikasi yang melibatkan penggunaan skrin putih dihubungkan melalui webcam dan ia merupakan satu cara berkomunikasi yang selalu digunakan dalam sesebuah organisasi besar untuk menjayakan mesyuarat di peringkat antarabangsa. Melalui cara ini semua pengarah syarikat akan dapat berhubung dan melihat secara terus walau pun berada dalam satu jarak yang amat jauh.

Where is this taking up

Kajian yang dibuat terhadap golongan remaja di sekolah menengah pada era komunikasi canggih telah menunjukkan mereka lebih mengemari untuk melayari internet daripada melakukan aktiviti kokurikulum. Mereka menjadikan komunikasi secara online ini sebagai satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan sehinga mengabaikan kesihatan diri. Ini telah mengakibatkan tumbesaran mereka menjadi tidak simbang, di mana berat badan meraka menjadi berlebihan, Mereka ini akan mudah terdedah kepada segala bentuk penyakit kerana soal kesihatan dan kecergasan seringkali diabaikan kerana saban waktu mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada penggunaan internet, iPods dan telefon bimbit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan