Dr. Carol Kinseng Goman telah memperkatakan mengenai generasi masa kini yang berbeza pekerjaannya. Mereka menggunakan kaedah komunikasi yang mereka sukai. Ia telah memperlihatkan bagaimana berlakunya komunikasi yang terbentuk di tempat berkerja.
Beliau juga telah mengkategorikan 3 cara berkomunikasi iaitu generasi terdahulu "Baby Boomers", Generasi X dan Y. Generasi terdahulu "Baby Boomers" dan Generasi X lebih menyukai cara berkomunikasi secara formal iaitu face to face. Bagi Generasi Y lebih suka berkomunikasi secara tidak formal iaitu menjurus ke arah Kolaborasi Komunikasi. Bagi Generasi Veteran pula mereka mengamalkan struktur organisasi yang berbentuk Hieraki.
Apa yang berlaku dalam komunikasi organisasi yang diperturunkan secara dari satu peringkat
ke satu peringkat yang perlulah melalui berbagai peringkat ketua sehinggalah ke peringkat pekerja bawahan. Sebarang maklumat yang hendak disampaikan hanya akan dibuat melalui ketua yang hampir dengan pekerja bawahan.
Cara berkomunikasi seperti ini kian dipersoalkan oleh Generasi "Baby Boomers" (1946-1964) yang mula berkerja di syarikat berkenaan. Perkara ini berlaku disebabkan semakin ramai Generasi "Baby Boomers" mula menguasai bilangan pekerja di syarikat berkenaan.
Generasi "Baby Boomers" tidak suka berkomunikasi yang berbentu Hieraki. Masalah ini berlaku disebabkan Generasi Veteran yang kebanyakkan daripadanya merupakan majikan dan secara tidak langsung mereka terpaksa mengikut kata Generasi "Baby Boomers" berkomunikasi. Jika mereka tidak mengikut langkah tersebut akan mengakibatkan prestasi serta produktiviti akan berkurangan dan akhirnya akan memdatangkan kerugian. Generasi "Baby Boomers" amat mementingkan visi dan polisi syarikat. Maklumat yang hendak disampaikan seharusnya meliputi semua golongan pekerja tanpa mengira siapa yang menyampaikannya. Generasi X (1965-1983) masih lagi memegang visi dan polisi syarikat tetapi mereka mahukan susun atur kerja yang lebih berkualiti serta berpeluang menikmati kenaikkan pangkat.
Generasi Y yang lahir selepas tahun 1983 merupakan generasi yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang komputer. Sebelum kewujudan generasi ini, Generasi X yang terdiri daripada para majikan membuat tugasan dengan gaya penbulisan ayat yang panjang. Ketika berhadapan dengan Generasi Y, mereka terpaksa mengubah cara berkomunikasi kepada "Presentation"di mana gaya penulisan agak padat dan ringkas seperti Graf serta PowerPoint menggunakan grafile.
Dr. Goman juga berpendapat Generasi Y berkebolehan tinggi dalam melakukan pelbagai tugasan. Komunikasi berbentuk pasif ke komunikasi aktif boleh menyebabkan maklumat dapat disampaikan dengan segera. Beliau juga berpendapat Generasi Y mempunyai kemahiran yang amat tinggi dalam bidang ICT yang dapat mengubah cara berkomunikasi terdahulu kepada kolaborasi yakni lebih informal. Generasi Y menggunakan komunikasi organisasi melalui SMS dan Blogging.
Transformasi ini berlaku secara tidak langsung, direct atau straight forward menggunakan cara "grapevine" yang aktif sejak di peringkat awal lagi. Satu kerja yang amat sukar untuk mengubah cara seseorang itu berkomunikasi kerana telah selesa mengamalkannya sejak dahulu lagi.
Khamis, 22 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan