Khamis, 22 Oktober 2009

Ulasan Jurnal 2

Artikel ini mempersoalkan tentang betapa golongan remaja pada abad kini terlalu bergantung kepada gadget elektronik seperti telefon bimbit, laptop dan iPods dalam kehidupan seharian yang mereka jalani.

Eddie Goh merupakan seorang pelajar kolej telah menyatakan bahawa beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan penggunaan laptop. Bagi seseorang pelajar penggunaan laptop akan memudahkan beliau untuk menyiapkan assignment. Pada ketika ini terdapat banyak terdapat yang menawarkan kemudahan WiFi yang membolehkan disambungkan ke capaian internet.

Pearl Chow juag mempunyai laptop yang seringkali digunakan untuk membuat pencarian secara "online". Beliau juga mendengar muzik dan bersembang dengan rakan-rakannya dengan menggunakan capaian internet. Beliau lebih banyak menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dengan rakannya dan apa yang lebih penting lagi ialah beliau menggunakan telefon bimbit sebagai fungsi "reminder". Ia akan memudahkan beliau untuk mengingati apakah perkara yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut.

Andrew Guan, 17 tahun berpendapat bahawa laptop merupakan benda asas yang amat perlu bagi seseorang pelajar Kolej. Beliau sedang membuat perhitungan untuk membeli laptop jenama iMac apabila berjaya memasuki kolej nanti. Beliau memerlukan sebuah laptop memandangkan kursus yang bakal beliau pelajari nanti iaitu "Audio Enginering" atau pun Jurutera Muzik amat memerlukan laptop yang berkelajuan tinggi.

Walau pun buat masa kini beliau belum lagi mempunyai laptop namun beliau sentiasa berada depan komputer sama ada 'berchatting" atau pun bermain "online games". Beliau juga mempunyai sebuah alat pemain MP3 tetapi beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan komputer berbanding MP3.

Menurut Samantha Agnes, beliau seorang yang tidak boleh hidup tanpa mendengar lagu. Untuk memenuhi citarasa tersebut maka beliau perlulah mempunyai satu alat elektronik iaitu iPod. iPod tersebut dimilikinya sempena harijadi beliau. Beliau menyimpan banyak lagu popular dan seringkali mengemaskininya. Lagu yang paling beliau minati ialah "Wait A Minute" nyanyian "Pussycat Dolls". Setiap detik Samantha akan sentiasa bersama iPodnya kecuali di waktu-waktu tertentu. Menurut Samantha lagi dengan cara mendengar lagu-lagu daripada iPodnya akan membolehkan beliau menjalani kehidupan seharian sepertibiasa kerana sebagai seorang pelajar kolej, beliau amat sibuk dan suasana yang meletihkan.

Melissa merupakan pelajar Kursus Pentadbiran Perniagaan yang ditemui amat bergantung kepada alat elektronik untuk menguruskan jadual hariannya dan "to keep things on track". Beliau akan memasukkan setiap maklumat yang penting ke dalam PDAnya. Beliau menyatakan tidak tahu apa yang akan berlaku sekiranya PDA rosak. Beliau merupakan seorang yang amat perlupa. PDA tersebut akan digunakan sebagai "conctact details" dan "personal reminder".

Kesimpulan dari artikel ini bolehlah dikatakan bahawa golongan remaja amat bergantung kepada alat elektronik untuk pelbagai tujuan. Daripada iPod yang berfungsi untuk mendengar lagu sehinggalah ke laptop yang berperanan untuk menyiapkan tugas serta menyimpan maklumat yang penting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan